Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Photobucket

Monday, July 7, 2008

Ape yg ade pada Ilmu Tasawwuf...pentingkah?




Asslamualaikum


... Al-faqir kali ni x tau nk post ape. tp mari dlm benak nk jwb satu persoalan... ade org kate ilmu tasawwuf x perlu blajar. lg pun takde zaman2 Nabi saw, para sahabat dan salafu al-soleh...





persoalan ni ckp mngganggu benak al-faqir. Sbb al-faqir pn skrg ni tgh berjinak2 dgn ilmu2 tasawuf ni dgn seorg ulama' Al-Azhar yg namanya Al-fadhil Al-ustaz Al-doktor Hassan Gabr hafizohu Allah SWT. seorg doktor di Jamiah Al-Azhar, Zagazig. Beliau mengambil ilmu tasawuf ini drpd ramai ulama' terkenal antaranya Maulana Al-ustaz Doktor Abd Al-halim Mahmud ( bekas sheikh Al-Azhar), Al-Sheikh Ahmad Mohd Hijab (sorg ulama di Tanta. pengarang kitab 'izzoh wali'tibar), Al-sheikh Al-daie Mutawally Sya'rawi rahimahumu Allah SWT, dn lain2 lg...






Jd, kembali kepada persolan td...al-faqir terus belek kitab Haqa'iq 'ani Al-tasawwuf, karangan Fadhilatu Al-sheikh Abd Al-Qader Isa...tp kitab tu bahasa arab...jd kt sini al-faqir nk terjemahlh skit2 kehendak drpd kitab 2.


kata Musonnif: Sesungguhnya tanggungjawab Syara' terbahagi kpd dua.:

pertama hukum yg bersangkutan dgn amalan luaran dan
kedua yg bersangkutan dgn amalan dalaman...
atau pun dgn ibarat lain hukum yg berkaitan dgn jisim dan yg berkaitan dgn hati... maka kedua2 pembahagian itu terbahagi kpd suruhan dan larangan.
bg amalan zahir, suruhan adalah spt solat, puasa, zakat dll...
dan larangan adalah spt zina,mencuri,mengumpat dll. bg amalan batin plk,suruhan adalah spt iman, redho, ikhlas, tawakkal dll...dan larangan adalah seumpama riak, takabur, sombong, ujub dll.


Bahagian yg kedua iaitu hukum yg berkaitan dengan hati lebih penting drpd hokum yg bersangkutan dgn luaran di sisi syara-sekalipun keduanya penting-kerana dalaman asas dan punca kpdp luaran, dan amalan dalaman adalah tempat hasilnya amalan zahir…pada perkara ini,


Kerana ini, adalah Rasul saw telah memberi taujihat kpd sahabat2 tentang perkara ini untuk pengislahan hati2 mereka. Dan Al-Ma'sum saw telah menerangkan kpd mereka bahawa kebaikan seseorang insan bergantung kepada kebaikan hati seseorang.



Banyak ldalil2 drpd Al-Quran dan Al-Sunnah menerangkan kepentingan penjagaan dan pengislahan hati ini. tp x sempat kat sini nk tulis...


Pada zaman Rasul saw dan para sahabat ridhwan Allah a'laihim, ilmu penjagaan hati ini telah wujud, dan spt ilmu2 lain, ilmu hati ini tidak bercerai dgn ilmu2 lain. Perkara ini sama seperti ilmu2 lain yg wujud di zaman itu…
Setelah beberapa kurun berlalu, ulama'2 membukukan ilmu ini dan dinamakan ilmu tasawwuf, spt mana ulama' membukukan ilmu zahir dan menamakannya sbg ilmu feqah.


Inilah serba sedikit kefahaman al-faqir tentang ilmu tasawwuf dan kepentingannya…sbb selalu terlintas dlm benak al-faqir, adakah amalan kita diterima sedangkan hati ini kotor.


Kita hidangkan ibadat kita depan Tuhan yg Maha Agong, macam mana kalau ibadat kita cantik di luar tapi musykilah di dalam, al-faqir contohkan dgn seorang hamba menghadiahkan buah-buahan kpd raja, kerana luaran buah itu sangat segar. Tp apabila raja menikmati buah itu, alangkah pahit dan masamnya buah yg cantik itu…tak kanlah raja hanya senyum je…sedangkan hadiah tadi spt mencemar kedaulatan baginda…tentu lah kita x dapat redha raja kepada kita dgn amalan yg kita buat, malah murka yg kita dpt…Nau'zubiLLAH


Ya Allah, kami memohon redhoMu dan SyurgaMu...dan kami meminta kejauhan daripada kemurkaanMu dan NerakaMu...Amiin

No comments: