Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Photobucket

Friday, July 11, 2008

Ape kate tajuk utama Majalah.... Al-Azhar, Rajab.1429 (Julai 2008)..vol 81 part .


Asalamualaikum...

Hari tu Al-faqir ade mishwar kt mahattoh nuh...tiba2 terasa plk nak beli majalah Al-Azhar...ALHAMDULILLAH lh al-faqir dpt ape yg dihajati.

Slps al-faqir bayar LE 1.50 kepada arab yg jaga kedai buku tu, ape lg, xkan nak tgk saje je. Mestilah bace...walaupun Bahasa Arab semua...memang jamin tak de edisi Bahasa Malaysia….tetap al-faqir bace jugak

Ni nak habaq skit ah ape yg kat dalam tu. Ye lah, dah lah bahasa Arab, panjang plk tu. Memang sape blh bace expert giler ah wa cakap lu

Kt sini al-faqir nk terjemah skit ape tajuk utama majalah Al-Azhar bulan ni.

Tajuk :PADA MUKTAMAR DIALOG ISLAM ANTARABANGSA, KHADIM AL-HARAMAIN AL-SHARIFAIN MENTA'KIDKAN "KAMI SUARA KEADILAN, LURUS, HIDUP BERSATU, DAN DIALOG YANG LOGIKAL"

Berhampiran Bait ALLAH Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah, dan di dalam naungan Istana Al-Sofa,yang menghadap kepada Ka'bah Al-Musharrafah, dengan kehadiran 500 Ulama' dan Ahli Fikir Islam, berjalanlah satu Mu'tamar Islami Antarabangsa bagi satu dialog terbuka. Dan dibawah anjuran Khadim Al-Haramain Al-Sharifain, Raja AbdULLAH bin Abd Al-AZIZ 'Ali Su'ud yg mana mengundang Ulama'2, Ahli Fikir, ketua2, pembahas2, penyiar2 drpd pelbagai Negara Islam di seluruh dunia.

Daripada jumlah yg diundang,kebanyakan mereka adalah daripada tokoh2 yg berpengalaman luas dalam hal ehwal dialog antarabangsa dan mempunyai saham yg besar dlm bidang ini.

30 hb Jamadilawal hingga 2 hb Jamadilakhir 1429 Hijriyah, bersamaan 4-6 jun 2008, hadirlah ahli2 mu'tamar yg penting ini berdialog menerusi tajuk yg berkisar pada empat perkara

Agenda pertama : Permulaan Islam bagi Dialog

-Dialog mengenai Al-Quran dan Al-Sunnah : kefahaman dan tujuan

-Dialog mengenai AlQuran dan Al-Sunnah : asas dan pergerakan

-Perlaksanaan daripada dialog kontemporari dan ciri2nya


Agenda kedua : Jalan dialog dan ciri2nya

-Adab berdailog dan ciri2nya

-Bentuk dialog dan ancamannya

-pengembalian dialog


Agenda ketiga : Bersama siapa kita berdialog?

-Penyusunan antara Muassasah Islamiyah yg berperanan dengan dialog.

-Dialog bersama falsafah2 dan agama2 ciptaan manusia yg lain

-Masa depan dialog pd naungan gejala negative yg berulang2 kpd Islam

Agenda terakhir, keempat : bidang2 dialog…dan mengambil : pertembungan ketamadunan dan keamanan dunia-pembahaya keadaan-keluarga, dan akhlak pada penyatuan manusia

Mu'tamar dialog ini yg berjalan dgn perlawaan daripada Khadim Al-Haramain, menyokong perjnjian PBB dan peraturan dunia bagi menjaga hak2 kemanusiaan yang dihasilkan untuk memberi semangat kepada perbahasan, persefahaman dan saling Bantu membantu antara agama2 dan pengetahuan kerana keamanan dan melarang drpd gejala ta'sub, pilih kasih dan kecenderongan kpd kebencian kepada golongan dan pengikut ajaran2 tertentu.

Pastu byk lagi perbahasan dalam tu…antaranya ucapan penganjur dll…

Al-faqir kt sini x nak lah terjemah byk2…nnti x ckp kertas..cukup sekadar je…wassalam.

No comments: