Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Photobucket

Monday, July 21, 2008

Hadapi kegagalan dengan keredaan...


Assalamualaikum wbt

Ade satu hari tu, Al-faqir ade bace satu artikel dalam internet yang bincang pasal musibah…apakala melihat akan ini akan artikel, bermulalah al-faqir rase yang artikel ni penting buat tatapan kita semua buat mase ni masih menunggu natijah dan yang telah dapat tahu natijah kita…kita sama2lh berdoa yang semua kita najah dengan cemerlang dalam semua imtihan di dunia dan akhirat…namun dengan ape yang kita dapat, semuanya adalah ketetapan daripada Allah SWT


Kepada yang najah, AlhamduliLLAH RABBIL A'LAMIN…jika natijah adalah sebaliknya, jangan lupa untuk beristighfar di atas seegala kesalahan kita dan jangan lupa untuk bersyukur kerana kita mendapat satu ujian yang kita masih boleh menanggungnya yang mane ramai lagi yang lebih dasyat ujian mereka daripada kita…


Tp dalam mengecapi kejayaan, ujian tetap akan datang daripada Allah SWT kepada hamba2nya yang mu'min…adekala ujian dalam bentuk musibah, dan pelbagai lagi ujian yang lain.


Apakah yang akan kita lakukan jika ditimpa sesuatu musibah? Musibah ialah apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku menimpa kita. Misalnya kegagalan dalam peperiksaan, ahli keluarga kemalangan, barang berharga dirompak, anak terlibat dengan dadah, harga barang naik dan sebagainya. Apakah yang akan kita perbuat ketika itu? Adakah kita akan mengambil sikap menceritakan kepada semua orang yang berjumpa kita? Adakah ketika itu pun kita pun mempamerkan sikap kecewa, tidak berpuas hati dan kesedihan atas apa yang telah berlaku. "Barang saya hilang.....anak saya terlibat dengan dadah..." dan sebagainya.


Sikap suka menceritakan kesusahan atau musibah yang menimpa diri secara tak langsung memperlihatkan sikap kita memprotes takdir Tuhan. Apakah dengan sikap suka menceritakan kesusahan ini boleh menyelesaikan masaalah? Sejauh mana kawan-kawan yang mendengar dapat menolong sedangkan mereka juga makhluk Allah yang juga banyak masaalahnya.

Sekiranya kita ditimpa musibah, tempat yang paling baik kita mengadu ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam, bersolat tahajud. Kemudian menangis dan merintih kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan. Kita mesti yakin Dia sahaja yang dapat menolong. Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu: orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan "INNALILAHI WA INNA ILAHI RAAJIUN" (Surah Al Baqarah : Ayat 156). Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa: "Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya".

Malangnya zikir ini disalah ertikan. Ramai dikalangan kita membaca zikir ini ketika diberitahu tentang kematian sesaorang, sedangkan kita boleh membacanya apabila ditimpa musibah dalam bentuk lain.

Pernah Ummu Salamah yang telah tua (hampir 70 tahun) kematian suaminya Abu Salamah. Dia merasa sungguh sedih kerana terlalu sayang kepada suaminya ini. Siang dan malam matanya tidak boleh tidur. Tiba-tiba dia teringat suaminya pernah memberitahu, jika ditimpa sesuatu musibah Nabi Muhammad SAW mengajarkan membaca zikir seperti disebutkan tadi. Ummu Salamah terus membacanya siang dan malam. Selepas habis edahnya, dia dilamar oleh Syaidia Abu Bakar r.a, tetapi ditolaknya.

Kemudian Ummu Salamah dilamar Syaidina Umar Ibni Al Khattab, namun dia menolak lamaran itu. Akhirnya Rasulullah menghantar orang untuk melamarnya, namun dia menolak dengan alasan sudah terlalu tua, ramai anak dan pencemburu orangnya. Namun Rasulullah tidak keberatan, mka berlangsunglah perkahwinan Ummu Salamah dengan manusia yang paling baik didunia sebagaimana permintaannya di dalam zikirnya sebelum ini.

Oleh itu, sekiranya kita ditimpa musibah, bersabarlah dan redha disamping membaca zikir tadi. Yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar apa yang terlintas dihati kita dan sentiasa bersama kita.

Perpisahan...


Assalamulalaikum…


Lame x update blog..sory ye.

Kali ni x de modal mane nk letak sbb ibuk skit leni. Byk acara kene buat.

Cuma nk tulis kat sini adalah ucapan kepada sahabat2 yg akan meninggalkan diri ini, pulang ke Malaysia


Sedih jugak le. Lebih2 lagi yang rapat dan kamcing. So al-faqir hadiahkan satu hagah bagi sahabat2 yg berkenaan…isk isks isks



Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku,
seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka.
Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

~imam syafie~

Sunday, July 13, 2008

Qasidah Al-Imam Abdullah Bin Alawi Al-Haddad


Qasidah Al-Imam Abdullah Bin Alawi Al-Haddad

قد كفاني علم ربي

قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي

Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku, Daripada permintaan dan usahaku


فَدُعَـائِي وابْتِهـَالِي شَـاهِدٌ لِي بِافْتِقَارِي

Doa serta permohonanku, Sebagai bukti pada kefakiranku


فَلِهَذَا السِّرِّ أَدْعُـو فِي يَسَارِيْ وَعَسَارِي

Oleh kerana rahsia itu aku berdoa, Pada saat aku senang dan susah


أَنَا عَبْدٌ صَارَ فَخْرِي ضِمْنَ فَقْرِي وَاضْطِرَارِي

Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku, Dalam kefakiran dan keperluanku


يَا إِلَـهِي وَمَلِيْـكِي أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ حَالِي

Wahai tuhanku yang memiliki aku, Kau Maha tahu akan keadaanku


وَبِمَا قَدْ حَـلَّ قَلْبِـي مِنْ هُمُوْمٍ وَاشْتِغَالِـي

Dan apa yang berada dalam hatiku, Dari kesedihan dan kesibukanku


فَتَـدَارَكْنِي بِلُطْفٍ مِنْكَ يَا مَوْلَى الْمَوَالِي

Maka tolonglah aku dengan kelembutan, Dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba


يَا كَرِيْمَ الْوًَجْهِ غِثْنِي قَبْلَ أنْ يَفْنَى اصْطِبَارِي

Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba Sebelum lenyap kesabaran hamba


يَا سَرِيْعَ الْغَوْثِ غَوْثًا مِنْكَ يُدْرِكْنَا سَرِيْعًا

Wahai pemberi pertolongan dengan segera, Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu


يَهْزِمُ الْعُسْرَ وَيَأْتِي بِالَّذِي نَرْجُو جَمِيْـعًا

Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan, Dengan apa-apa yang kami harapkan semua


يا قَرِيْـبًا يا مُجِيْـبًا يا عَلِيْمًا يا سَمِيْـعًا

Wahai yang Maha dekat, dan menjawab, Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar


قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي وخُضُوْعِي وانْكِسَارِي

Aku mengaku akan kelemahanku, Dan ketaatan serta kesedihanku


لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ وَاقِفْ فَارْحَمَنْ ربِّي وُقُوْفِي

Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu, Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku


وبِوَادِي الْفَضْلِ عَاكِفْ فَأَدِمْ ربِّي عُكُـوْفِي

Pada lembah kurnia-Mu aku berada, Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana


ولِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِم فَهُوَ خِلِّي وحَلِيْفِي

Aku sentiasa mempunyai prasangka baik, Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku


وأَنِيْسِي وجَلِيْسِي طُوْلَ لَيْلِي ونَهَارِي

Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku, Sepanjang malam dan siangku


حَاجَةً فِي النَّفْسِ يَا ربّ فَاقْضِهَا يا خَيْرَ قَاضِي

Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat,

Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan


وأَرِحْ سِرِّي وقَلْبِي مِنْ لَظاَهَا والشُّوَاظِ

Tenteramkanlah rahsia dan hatiku, Dari kebimbangan dan pergolakannya


فَالْهَنَا والْبَسْطُ حَالِي وشِعَارِي ودِثَارِي

Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan, Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku

Friday, July 11, 2008

Ape kate tajuk utama Majalah.... Al-Azhar, Rajab.1429 (Julai 2008)..vol 81 part .


Asalamualaikum...

Hari tu Al-faqir ade mishwar kt mahattoh nuh...tiba2 terasa plk nak beli majalah Al-Azhar...ALHAMDULILLAH lh al-faqir dpt ape yg dihajati.

Slps al-faqir bayar LE 1.50 kepada arab yg jaga kedai buku tu, ape lg, xkan nak tgk saje je. Mestilah bace...walaupun Bahasa Arab semua...memang jamin tak de edisi Bahasa Malaysia….tetap al-faqir bace jugak

Ni nak habaq skit ah ape yg kat dalam tu. Ye lah, dah lah bahasa Arab, panjang plk tu. Memang sape blh bace expert giler ah wa cakap lu

Kt sini al-faqir nk terjemah skit ape tajuk utama majalah Al-Azhar bulan ni.

Tajuk :PADA MUKTAMAR DIALOG ISLAM ANTARABANGSA, KHADIM AL-HARAMAIN AL-SHARIFAIN MENTA'KIDKAN "KAMI SUARA KEADILAN, LURUS, HIDUP BERSATU, DAN DIALOG YANG LOGIKAL"

Berhampiran Bait ALLAH Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah, dan di dalam naungan Istana Al-Sofa,yang menghadap kepada Ka'bah Al-Musharrafah, dengan kehadiran 500 Ulama' dan Ahli Fikir Islam, berjalanlah satu Mu'tamar Islami Antarabangsa bagi satu dialog terbuka. Dan dibawah anjuran Khadim Al-Haramain Al-Sharifain, Raja AbdULLAH bin Abd Al-AZIZ 'Ali Su'ud yg mana mengundang Ulama'2, Ahli Fikir, ketua2, pembahas2, penyiar2 drpd pelbagai Negara Islam di seluruh dunia.

Daripada jumlah yg diundang,kebanyakan mereka adalah daripada tokoh2 yg berpengalaman luas dalam hal ehwal dialog antarabangsa dan mempunyai saham yg besar dlm bidang ini.

30 hb Jamadilawal hingga 2 hb Jamadilakhir 1429 Hijriyah, bersamaan 4-6 jun 2008, hadirlah ahli2 mu'tamar yg penting ini berdialog menerusi tajuk yg berkisar pada empat perkara

Agenda pertama : Permulaan Islam bagi Dialog

-Dialog mengenai Al-Quran dan Al-Sunnah : kefahaman dan tujuan

-Dialog mengenai AlQuran dan Al-Sunnah : asas dan pergerakan

-Perlaksanaan daripada dialog kontemporari dan ciri2nya


Agenda kedua : Jalan dialog dan ciri2nya

-Adab berdailog dan ciri2nya

-Bentuk dialog dan ancamannya

-pengembalian dialog


Agenda ketiga : Bersama siapa kita berdialog?

-Penyusunan antara Muassasah Islamiyah yg berperanan dengan dialog.

-Dialog bersama falsafah2 dan agama2 ciptaan manusia yg lain

-Masa depan dialog pd naungan gejala negative yg berulang2 kpd Islam

Agenda terakhir, keempat : bidang2 dialog…dan mengambil : pertembungan ketamadunan dan keamanan dunia-pembahaya keadaan-keluarga, dan akhlak pada penyatuan manusia

Mu'tamar dialog ini yg berjalan dgn perlawaan daripada Khadim Al-Haramain, menyokong perjnjian PBB dan peraturan dunia bagi menjaga hak2 kemanusiaan yang dihasilkan untuk memberi semangat kepada perbahasan, persefahaman dan saling Bantu membantu antara agama2 dan pengetahuan kerana keamanan dan melarang drpd gejala ta'sub, pilih kasih dan kecenderongan kpd kebencian kepada golongan dan pengikut ajaran2 tertentu.

Pastu byk lagi perbahasan dalam tu…antaranya ucapan penganjur dll…

Al-faqir kt sini x nak lah terjemah byk2…nnti x ckp kertas..cukup sekadar je…wassalam.

Monday, July 7, 2008

Ape yg ade pada Ilmu Tasawwuf...pentingkah?




Asslamualaikum


... Al-faqir kali ni x tau nk post ape. tp mari dlm benak nk jwb satu persoalan... ade org kate ilmu tasawwuf x perlu blajar. lg pun takde zaman2 Nabi saw, para sahabat dan salafu al-soleh...





persoalan ni ckp mngganggu benak al-faqir. Sbb al-faqir pn skrg ni tgh berjinak2 dgn ilmu2 tasawuf ni dgn seorg ulama' Al-Azhar yg namanya Al-fadhil Al-ustaz Al-doktor Hassan Gabr hafizohu Allah SWT. seorg doktor di Jamiah Al-Azhar, Zagazig. Beliau mengambil ilmu tasawuf ini drpd ramai ulama' terkenal antaranya Maulana Al-ustaz Doktor Abd Al-halim Mahmud ( bekas sheikh Al-Azhar), Al-Sheikh Ahmad Mohd Hijab (sorg ulama di Tanta. pengarang kitab 'izzoh wali'tibar), Al-sheikh Al-daie Mutawally Sya'rawi rahimahumu Allah SWT, dn lain2 lg...






Jd, kembali kepada persolan td...al-faqir terus belek kitab Haqa'iq 'ani Al-tasawwuf, karangan Fadhilatu Al-sheikh Abd Al-Qader Isa...tp kitab tu bahasa arab...jd kt sini al-faqir nk terjemahlh skit2 kehendak drpd kitab 2.


kata Musonnif: Sesungguhnya tanggungjawab Syara' terbahagi kpd dua.:

pertama hukum yg bersangkutan dgn amalan luaran dan
kedua yg bersangkutan dgn amalan dalaman...
atau pun dgn ibarat lain hukum yg berkaitan dgn jisim dan yg berkaitan dgn hati... maka kedua2 pembahagian itu terbahagi kpd suruhan dan larangan.
bg amalan zahir, suruhan adalah spt solat, puasa, zakat dll...
dan larangan adalah spt zina,mencuri,mengumpat dll. bg amalan batin plk,suruhan adalah spt iman, redho, ikhlas, tawakkal dll...dan larangan adalah seumpama riak, takabur, sombong, ujub dll.


Bahagian yg kedua iaitu hukum yg berkaitan dengan hati lebih penting drpd hokum yg bersangkutan dgn luaran di sisi syara-sekalipun keduanya penting-kerana dalaman asas dan punca kpdp luaran, dan amalan dalaman adalah tempat hasilnya amalan zahir…pada perkara ini,


Kerana ini, adalah Rasul saw telah memberi taujihat kpd sahabat2 tentang perkara ini untuk pengislahan hati2 mereka. Dan Al-Ma'sum saw telah menerangkan kpd mereka bahawa kebaikan seseorang insan bergantung kepada kebaikan hati seseorang.



Banyak ldalil2 drpd Al-Quran dan Al-Sunnah menerangkan kepentingan penjagaan dan pengislahan hati ini. tp x sempat kat sini nk tulis...


Pada zaman Rasul saw dan para sahabat ridhwan Allah a'laihim, ilmu penjagaan hati ini telah wujud, dan spt ilmu2 lain, ilmu hati ini tidak bercerai dgn ilmu2 lain. Perkara ini sama seperti ilmu2 lain yg wujud di zaman itu…
Setelah beberapa kurun berlalu, ulama'2 membukukan ilmu ini dan dinamakan ilmu tasawwuf, spt mana ulama' membukukan ilmu zahir dan menamakannya sbg ilmu feqah.


Inilah serba sedikit kefahaman al-faqir tentang ilmu tasawwuf dan kepentingannya…sbb selalu terlintas dlm benak al-faqir, adakah amalan kita diterima sedangkan hati ini kotor.


Kita hidangkan ibadat kita depan Tuhan yg Maha Agong, macam mana kalau ibadat kita cantik di luar tapi musykilah di dalam, al-faqir contohkan dgn seorang hamba menghadiahkan buah-buahan kpd raja, kerana luaran buah itu sangat segar. Tp apabila raja menikmati buah itu, alangkah pahit dan masamnya buah yg cantik itu…tak kanlah raja hanya senyum je…sedangkan hadiah tadi spt mencemar kedaulatan baginda…tentu lah kita x dapat redha raja kepada kita dgn amalan yg kita buat, malah murka yg kita dpt…Nau'zubiLLAH


Ya Allah, kami memohon redhoMu dan SyurgaMu...dan kami meminta kejauhan daripada kemurkaanMu dan NerakaMu...Amiin

Saturday, July 5, 2008

pengenalan...


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah,syukur kepada Allah S.W.T. di atas nikmat dan kurniaNya dan hidayahNya,saya diizinkan menyiapkan blog ilmiah ini utk tatapan semua pencinta ilmu pengetahuan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda, para sahabat,tabi', tabien dan ahli millatilhaq...

Hadaf utama al-faqir menyiapkan blog ini hanyalah semata2 mencari keredhaan Allah SWT...tiada hadaf lain selain hadaf agong ini...

Menyusuri era globalisasi zaman ini memerlukan satu wasitah thabitah dlm berdakwah. Al-faqir mencuba tariq ini yg mana diharapkan akan menambah saham al-faqir hidup di dunia ini dan sebagai medan perlaksanaan tanggungjawab al-faqir sebagai khalifah Allah di muka bumi ini...

Al-faqir berharap taufiq dan hidayah sentiasa drpd Allah SWT agar dpt beristiqamah dlm menjayakan misi mulia Risalah Saidina Muhammad, Khatam Alanbiya' walmursalin...

Juga al-faqir mengharapkan doa dan harapan drpd sahabat2 sekalian utk keselamatan kita bersama di Hari Penghisaban yg akan menyusul nanti...amin

salam ukhuwah.....

Selamat dtg Rejab...


.....ALHAMDULILLAH,WASSOLATU ALA RASULILLAH,WA'ALA ASHABIHI WAMAN WAALAH..
Allahumma baarikna Rajaba, wa Sya'baana, wa balliqhna Ramadhann.. ( Ya Allah, Berkatilah kami pd bulan Rejab ini dan bulan Sya'ban dan sampaikanlah kami hingga bulan Ramdhan) ~ SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB..~ Perbanyakkan TAUBAT dan ISTIGHFAR pada bulan REJAB ni LILLAH.. MOga Allah mngurniakan MAGHFIRAHNYA kpd kita, Amin...