Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Photobucket

Saturday, August 2, 2008

Hakikat Ilmu dan Feqah dan Kelebihannya


Assalamualaikum…

Kali ni plk, terlintas kat benak al-faqir tentang ilmu sbb memandangkan kat sinilah maqam al-faqir dan kawan-kawan seperjuangan..


Yang menjadi masalah di sini ialah ramai yang kata die penuntut ilmu, pecinta ilmu atau hamba yang berkhidmat untuk ilmu pengetahuan. Tp yang nak al-faqir kaitkan di sini ialah : ramai ke yang faham ape itu ilmu yang dituntut yang sebenar-benarnya?


Al-faqir nak tulis kat sini sebab perkara ni macam kene je atas kepala al-faqir. Jd kene lah al-faqir berusaha menutup ape yang kurang pada diri ini.


Jadi kat sini al-faqir nk berkongsi bersama kawan-kawan jika ada yang sama masalah dan sama fikrah dengan al-faqir ni…sebab orang yang x faham apa yang dia lalui, dia x akan mampu melaluinya


Kat sini al-faqir ceduk sedikit mutiara daripada kitab Ta'lim Al-Muta'alim Tariq Al-Ta'alum (Pembelajaran Penuntut Pada Jalan Menuntut Ilmu). Walaupun kitab ini adalah kitab asasje, tp memang x ade tolok bandingnya dari segi panduan kepada pelajar sebelum menuntut ilmu sebenar


Al-faqir start terjemah kepada bahasa melayu daripada bab
pertama dalam kitab ini….


Fasal Pada Hakikat Ilmu Dan Feqah Dan Kelebihannya :


Bersabda Rasulullah SAW "menuntut ilmu wajib ke atas semua orang Islam lelaki dan perempuan"


Ketahuilah sesungguhnya tidak difardukan ke atas semua orang Islam menuntut semua ilmu,bahkan ilmu yang difardukan ke atas org Islam itu hanyalah ilmu semasa(Ilmu Tauhid dan Ilmu Feqah


Sesungguhnya dikatakan : sebaik2 ilmu adalah Ilmu Semasa(Tauhid dan Feqah). Dan sebaik2 amalan adalah menjaga Ilmu Semasa.
Dan difardukan ke atas orang Islam menuntut ilmu yang sesuai baginya dalam apa jua keadaan sekalipun..
seperti contoh :sesungguhnya telah wajib ke atas seseorang melakukan solat, maka diwajibkan ke atas dirinya mempunyai ilmu yang diperlukan untuk mengesahkan solatnya setakat mana pengetahuan mengenai syarat sah dan kewajipan untuk solatnya.
Dan wajib juga ke atasnya menyediakan keperluan yang sewajarnya bagi melakukan sesuatu tanggunjawab itu kerana apa-apa yang menjadi perantaraan kepada yang wajib,adalah hukumnya wajib


Dikatakan kepada Al-Sheikh Muhammad bin Hassan RahimahuALLAH Ta'ala : adakah anda tidak mengarang satu kitab pun tentang Zuhud?

Beliau menjawab : aku telah mengarang satu kitab tentang jual beli.
maksudnya : seorang yang zuhud adalah seorang yang menjaga diri daripada perkara-perkara shubhah dan makruh dalam perniagaan. Demikian juga segala perkara berkenaan dengan muamalat dan perniagaan daripada pembuatan..


Setiap orang yang sibuk dengan sesuatu daripada Muamalat dan Industri Pembuatan, maka diwajibkan ke atasnya mempelajari segala ilmu untuk menjaganya daripada terjebak kepada perkara-perkar yang haram.


Demikian diwajibkan juga ke atasnya belajar ilmu perihal hati : seperti tawakkal, raja', takut, redha, sesungguhnya wajib ke atas seseorang itu menjaga semua perkara berkenaan (dengan mempunyai ilmu untuk menjaganya)..


Kemulian ilmu tidak tersembunyi ke atas seseorang, yang mana ilmu adalah dikhususkan hanya kepada manusia kerana semua perkara, manusia dan semua haiwan berkongsi padanya kecuali ilmu, , seperti keberanian, kekuatan, kemurahan, kasih sayang. tetapi tidak pada ilmu. Dan dengan ilmu juga, ALLAH SWT telah melebihkan Nabi Adam AS berbanding malaikat dan menyuruh malaikat sujud kepada Nabi Adam AS.
Sesungguhnya kemulian ilmu disebabkan ilmu itu adalah perantaraan kepada taqwa yang menuntut hak seseorang dengannya sebuah kemuliaan dan kebahagiaan abadi di sisi ALLAH SWT.

Sepertimana dikatakan kepada Imam Muhammad bin Hassan rahmatu ALLAH 'alaih :


Belajarlah, maka sesungguhnya ilmu itu perhiasan, kelebihan dan tanda kepada ahlinya,

Dan jadikan ilmu itu memberi faedah dengan bertambah ilmu setiap hari dan berenanglah di dalam lautan faedah,

Dalamilah ilmu Feqah, maka Ilmu Feqah adalah sebaik-baik pemandu kepada kebaikan dan ketaqwaan dan sebaik-baik tujuan.

Adalah ilmu ini yang membawa kepada sunnah Nabi SAW, dan adalah ilmu yang menjadi benteng yang menyelamatkan daripada semua kesusahan.

Maka sesungguhnya seorang faqih yang wara' lebih ditakuti syaitan daripada seribu ahli ibadat.


Demikian juga ilmu tentang akhlak seperti : ilmu tentang kemurahan, kedekut, ketakutan, keberanian, takabbur, tawadu', kesucian, pembaziran dan selainnya.
Maka hukum takabbur, kedekut, takut, pembaziran adalah haram. Tidak mungkin dapat berjaga-jaga daripada sifat-sifat yang buruk ini melainkan dengan adanya ilmu dan ilmu untuk menghadapinya.
Maka menjadi kewajipan ke atas setiap manusia mengetahuinya.


Telah mengarang Al-Syed Al-Imam Al-Ajal Al-Syahid Nasir Al-Din Abu Al-Qasim suatu kitab berkenaan akhlak. karangannya adalah yang paling baik, maka wajib ke atas semua muslim menghafaznya.


Adapun menghafaz ilmu yang berkaitan dengan Sebahagian Masa(bukan ilmu fardu ain), maka kewajipannya adalah fardu kifayah, jika dilakukan sebahagian orang, maka gugurlah dosa selainnya, dan jika tiada orang yang melakukannya di dalam satu negeri itu, maka semua akan menanggung dosa dengan peninggalan tersebut.
Wajib ke atas pemimpin menyuruh dan memaksa mereka dengan mempelajari ilmu fardu kifayah ini .
Dan telah dikatakan : sesungguhnya ilmu yang berkaitan dengan diri sendiri(fardu ain) adalah diumpamakan dengan makanan yang wajib bagi setiap orang. Dan ilmu yang berkaitan dengan fardu kifayah diertikan seperti ubat yang diperlukan hanya ketika sakit sahaja.


Ilmu tilik adalah diumpamakan seperti kesakitan, mempelajarinya adalah haram kerana boleh memberi mudharat dan tidak bermanfaat.
Dan perasaan takut seseorang kepada qada' dan qadar ALLAH SWT adalah tidak dibenarkan sama sekali. Maka sepatutnya bagi setiap orang muslim itu menyibukkan diri setiap waktu dengan mengingati ALLAH SWT, berdoa, tunduk, membaca Al-Quran dan bersedekah, mampu menolak bala.
"Semoga ALLAH SWT mengurniakan keampunan dan keselamatan kepadanya di dunia dan akhirat" supaya ALLAH SWT membentenginya daripada bala dan penyakit.
Maka sesiapa yang direzekikan doa,maka ianya berpeluang doa mendapat doa yang makbul. jika ada suatu bala yang tidak dapat diubah ketentuan yang akan mengenai dirinya maka dengan berkat doa tersebut, ALLAH SWT akan mengurangkan beban ke atasnya dan mengurniakan kesabaran kepadanya. .


Melainkan jika dia belajar ilmu tilik tersebut sekadar ingin mengetahui arah Qiblat dan waktu-waktu solat, maka dibolehkan mempelajarinya.


Adapun mempelajari ilmu perubatan,maka hkumnya dibolehkan kerana ianya adalah satu jalan yang ALLAH SWT taklifkan kepada hambanya, lebih-lebih lagi Nabi SAW pun berusaha untuk berubat. Telah dihikayatkan daripada Imam Al-Syafie Rahmatu ALLAH alaihi bahawa beliau telah berkata :

ilmu itu dua bahagian :

1. ilmu feqah bagi agama,

2. dan ilmu perubatan bagi jasmani

Dan apa yang selainnya adalah lebihan-lebihan ilmu lain.


Adapun penafsiran ilmu : adalah suatu yang mampu disebut dan diibaratkan menjelma jelas dengan satu sifat kepada sesiapa yang mencarinya. .

Dan adapun Feqah : ilmu mengenal kedalaman sesuatu ilmu beserta jenis-jenis penawarnya.


Berkata Imam Abu Hanifah Rahmat ALLAH alaihi : Feqah adalah ilmu mengenal diri daripada apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri.
Dan berkata : tidak adalah ilmu melainkan beramal dengan ilmu tersebut. Dan beramal dengan ilmu tersebut adalah dengan meninggalkan dunia untuk akhirat.

Maka sepatutnya bagi manusia itu adalah tidak lalai dirinya daripada apa-apa yang bermanfaat dan apa-apa yang memberi mudharat di dunia dan akhirat. Maka ambillah apa yang bermanfaat dan menjauhkan apa yang memudharatkan dirinya supaya tidak menjadikan akalnya dan ilmunya sebagai hujah yang memburukkannya, maka bertambahlah balasan azab….nauzubiLLAH min zalik


اللهم انفعنا بما علتمنا وعلمنا بما ينفعنا....آمين

al-faqir terjemah daripada kitab

تعليم المتعلم طريق التعلم

No comments: