Saturday, October 18, 2008
Ribuan maaf
Al-faqir memohon ribuan kemaafan kepada pengunjung2 blog al-faqir ini kerana blog ini kurang aktif berbanding sebelumnya
perkara ini bukan lh disengajakan tetapi masalah ini berhubung dengan litar internet yg x dapat diatasi buat mase sekarang
pihak al-faqir sangat kesal dengan kesulitan yg berlaku...harap maaf.
Wednesday, August 27, 2008
Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz
|
Saturday, August 9, 2008
Sampai mana Tawakkal kita sebagai penuntut ilmu...?
Assalamualaikum…wbt
Kali ni nk buat artikel yang adalah artikel ini sambungan dari yang telah lepas. bab ilmu jugak…tp lebih khusus kepada persediaan kepada penuntut ilmu dalam proses diorg menuntut ilmu ni….
Perkara itu adalah berkenaan Tawakkal.
Sayugianya seorang penuntut ni perlu bertawakkal sungguh2 kepada Allah Ta'ala dengan sebenar2 tawakkal. Kalau ikut mmg logic cmtu pn…sape ade otak yang dapat memahami, memang akan firkir perkara ni wajib bg kita sebagai penuntut ilmu yg sangat2 mengharap kepada Yang Maha Kuasa
Al-faqir taqdimkan tajuk ni kali ni sbb macam masuk jugak bagi qadiah org macam kita ni yang mana ramai di antara kita yang terus melayari bahtera kita menjejaki ilmu pengetahuan sebelum kita mempunyai asas yang kukuh untuk melaluinya…
Kat sini al-faqir bagi satu perumpamaan…andaikan kita sama2 ingin melayari lautan yang sangat luas dengan menggunakan sebuah bahtera…bahtera ini al-faqir umpamakan sebagai jalan menuntut ilmu…
Sebelum naik bahtera tu, ape yg perlu kita lakukan? Kita mestilah mengetahui kaedah2 tertentu dalam mengendalikan bahtera tersebut sebelum kita mula belajar…
Keadaan akan jadi buruk apabila kita tersesat
Dan lebih buruk lagi jikalau kita tenggelam.
Dan yang paling buruk dan buruk dan buruk dan membimbangkan, kita akan menenggelamkan orang yang belayar bersama kita…NAUZUBILLAH MIN ZALIK
Jadi kat sini al-faqir mahu menekan satu daripada pelbagai asas2 lain untuk penuntut ilmu ni adalah Kepentingan Tawakkal…
Untuk tawakkal kali ni, al-faqir ceduk jugak daripada kitab Ta'alim Al-Mutaalim sedikit sebanyak…
Kata Imam Al-Zarnuji, pengarang kitab ini:
Kemudian... wajib ke atas penuntut ilmu bertawakkal ketika mana sedang menuntut ilmu pengetahuan…
Janganlah sesekali sibuk mempedulikan hal2 rezeki dan mengelakkan hatinya sibuk dengan perkara yg demikian.
Imam Abu Hanifah Raimahu ALLAH meriwayatkan daripada Abd Allah bin Hasan Al-Zabidi radia Allah 'anhu, beliau berkata : "sesiapa yang mendalami agama ALLAH, sudah memadai bagi ALLAH TA'ALA mempedulikan dan memberikan kepadanya rezeki yang mana datangnya rezeki itu daripada jalan yang tidak disangka2"
Maka sesungguhnya sesiapa yang hatinya sibuk mengambil berat urusan rezekinya, maka tidak akan kamu dapati kemuliaan akhlak dan ketinggian…
dikatakan:
Tinggalkanlah kemuliaan dan jangan bemusafir kerana mencarinya.
Duduklah kerana sesungguhnya kamu ini seorang pemakan dan seorang yang mengutamakan pemakaian(bukan seorang penuntut ilmu)
Telah berkata seorang lelaki kepada Mansor Al-Hallaj : "Nasihatilah aku". Maka Al-Hallaj berkata : "diri kamu jika tidak kamu sibukkannya, maka diri kamu akan menyibukkan kamu kembali"…
Sebaik2nya adalah wajib bagi setiap orang menyibukkan diri mereka dengan amalan2 kebaikan sehingga dia dirinya tidak disibukkan dengan hawa nafsunya sendiri.
Dan jangan pula bagi orang yang berakal, mementingkan diri mereka dengan perkara dunia. Kerana kesempitan dan kesedihan tidak akan dapat menolak sebarang musibah, dan usaha yang demikian langsung tidak bermanfaat. Bahkan ihtimam mereka kepada dunia itu akan memudharatkan hati, akal dan jasad….jadi, adalah sebaik2 baginya mengisi kehidupan mereka dengan amalan2 yang mulia dan lebih mementingkan urusan akhirat mereka kerana perkara ini lebih banyak memberi manfaat kepadanya.
Dan wajib kepada penuntut ilmu mengurangkan hubungan mereka dengan ikatan2 dunia sekadar yang termampu. Dan kerana inilah, penuntut perlu menyendiri daripada dunianya (kerana cara ini mampu mengurangkan ikatan dengan dunia)
Dan perlu juga bagi penuntut menanggung pelbagai cubaan dan ujian ketika bermusafir mencari ilmu seperti kata Nabi Musa AS kepada Nabi Muhammad SAW di dalam Al-Quran "sesungguhnya telah kami temui dalam perjalanan kami ini kesusahan" kerana ingin memberitahu kepada kita bahawa perjalanan menuntut ilmu ini tidak lekang daripada kepenatan….kerana ilmu adalah suatu yang sangat besar dan adalah ilmu ini lebih baik daripada jihad (bagi pendapat kebanyakan ulama).
Dan pahala menuntut ilmu ini bergantung kepada kadar kepenatan dan musibah ketika melaluinya. Maka bagi sesiapa yang bersabar di atas yang demikian, maka mereka pasti akan dapat merasai kelazatan yang tiada bandingannya.
Ketika Muhammad bin Hasan berjaga malam dan ketika dapan menyelesaikan permasalahannya beiau telah berkata: "di mana kelazatan bagi seorang anak raja jika dibandingkan dengan kenikmatan ini (nikmat ilmu)"?.
Dan semestinya penuntut ilmu tidak menyebukkan dirinya dengan sesuatu yang lain selain daripada ilmu. Dan jangan pula berpaling daripada ilmu Feqah, telah berkata Muhammad bin Hasan Rahimahu Allah : "sesungguhnya perbuatan kami ini bermula daripada buaian hingga kepada liang lahad, maka barangsiapa yang meninggalkan ilmu kami ini sedetik, maka masa yang akan meninggalkannya"
Telah masuk seorang Faqih kepada Abi Yusof ketika menziarahinya ketika beliau sedang sakit matinya. Dan adalah beliau sedang sakit tenat…maka telah bertanya Abu Yusof kepada Faqih itu:"melempar jamrah dengan menaiki kenderaan lebih baik atau pun berjalan kaki?"
Maka faqih itu tidak mengetahui jawapannya.
Maka Abu Yusof sendiri yang menjawabnya (walaupun sedang nazak tetapi masih membincangkan tentang ilmu)
Dan seperti inilah sepatutnya bagi sorang yang faqih menyibukkan waktunya dengan ilmu. Maka ketika itu dia akan mendapati kelazatan yang sangat besar.
Dikatakan: seseorang telah berimimpi Muhammad di dalam tidur ketika Muhammad telah wafat. Ditanya Muhammad perihal keadaannya ketika sakaratul maut? Maka Muhammad berkata:"aku sedang sibuk menyelidiki permasalah bagi hukum hamba mukatab. Dan tidak aku rasai bagaimana keluarnya ruhku", dan diceritakan juga : sesungguhnya beliau berkata di akhir umurnya : "aku sangat sibuk memikirkan permasalahan hamba mukatab daripada memikirkan hari kematianku ini", (sesungguhnya beliau berkata yang demikian kerana begitu tawadu')
Al-faqir terjemah drpd kitab Ta'lim Al-Muta'allim Tariq Al-Taa'llum
Saturday, August 2, 2008
Hakikat Ilmu dan Feqah dan Kelebihannya
Assalamualaikum…
Kali ni plk, terlintas kat benak al-faqir tentang ilmu sbb memandangkan kat sinilah maqam al-faqir dan kawan-kawan seperjuangan..
Yang menjadi masalah di sini ialah ramai yang kata die penuntut ilmu, pecinta ilmu atau hamba yang berkhidmat untuk ilmu pengetahuan. Tp yang nak al-faqir kaitkan di sini ialah : ramai ke yang faham ape itu ilmu yang dituntut yang sebenar-benarnya?
Al-faqir nak tulis kat sini sebab perkara ni macam kene je atas kepala al-faqir. Jd kene lah al-faqir berusaha menutup ape yang kurang pada diri ini.
Jadi kat sini al-faqir nk berkongsi bersama kawan-kawan jika ada yang sama masalah dan sama fikrah dengan al-faqir ni…sebab orang yang x faham apa yang dia lalui, dia x akan mampu melaluinya
Kat sini al-faqir ceduk sedikit mutiara daripada kitab Ta'lim Al-Muta'alim Tariq Al-Ta'alum (Pembelajaran Penuntut Pada Jalan Menuntut Ilmu). Walaupun kitab ini adalah kitab asasje, tp memang x ade tolok bandingnya dari segi panduan kepada pelajar sebelum menuntut ilmu sebenar…
Al-faqir start terjemah kepada bahasa melayu daripada bab
pertama dalam kitab ini….
Fasal Pada Hakikat Ilmu Dan Feqah Dan Kelebihannya :
Bersabda Rasulullah SAW "menuntut ilmu wajib ke atas semua orang Islam lelaki dan perempuan"
Ketahuilah sesungguhnya tidak difardukan ke atas semua orang Islam menuntut semua ilmu,bahkan ilmu yang difardukan ke atas org Islam itu hanyalah ilmu semasa(Ilmu Tauhid dan Ilmu Feqah
Sesungguhnya dikatakan : sebaik2 ilmu adalah Ilmu Semasa(Tauhid dan Feqah). Dan sebaik2 amalan adalah menjaga Ilmu Semasa.
Dan difardukan ke atas orang Islam menuntut ilmu yang sesuai baginya dalam apa jua keadaan sekalipun..
seperti contoh :sesungguhnya telah wajib ke atas seseorang melakukan solat, maka diwajibkan ke atas dirinya mempunyai ilmu yang diperlukan untuk mengesahkan solatnya setakat mana pengetahuan mengenai syarat sah dan kewajipan untuk solatnya.
Dan wajib juga ke atasnya menyediakan keperluan yang sewajarnya bagi melakukan sesuatu tanggunjawab itu kerana apa-apa yang menjadi perantaraan kepada yang wajib,adalah hukumnya wajib
Dikatakan kepada Al-Sheikh Muhammad bin Hassan RahimahuALLAH Ta'ala : adakah anda tidak mengarang satu kitab pun tentang Zuhud?
Beliau menjawab : aku telah mengarang satu kitab tentang jual beli.
maksudnya : seorang yang zuhud adalah seorang yang menjaga diri daripada perkara-perkara shubhah dan makruh dalam perniagaan. Demikian juga segala perkara berkenaan dengan muamalat dan perniagaan daripada pembuatan..
Setiap orang yang sibuk dengan sesuatu daripada Muamalat dan Industri Pembuatan, maka diwajibkan ke atasnya mempelajari segala ilmu untuk menjaganya daripada terjebak kepada perkara-perkar yang haram.
Demikian diwajibkan juga ke atasnya belajar ilmu perihal hati : seperti tawakkal, raja', takut, redha, sesungguhnya wajib ke atas seseorang itu menjaga semua perkara berkenaan (dengan mempunyai ilmu untuk menjaganya)..
Kemulian ilmu tidak tersembunyi ke atas seseorang, yang mana ilmu adalah dikhususkan hanya kepada manusia kerana semua perkara, manusia dan semua haiwan berkongsi padanya kecuali ilmu, , seperti keberanian, kekuatan, kemurahan, kasih sayang. tetapi tidak pada ilmu. Dan dengan ilmu juga, ALLAH SWT telah melebihkan Nabi Adam AS berbanding malaikat dan menyuruh malaikat sujud kepada Nabi Adam AS.
Sesungguhnya kemulian ilmu disebabkan ilmu itu adalah perantaraan kepada taqwa yang menuntut hak seseorang dengannya sebuah kemuliaan dan kebahagiaan abadi di sisi ALLAH SWT.
Sepertimana dikatakan kepada Imam Muhammad bin Hassan rahmatu ALLAH 'alaih :
Belajarlah, maka sesungguhnya ilmu itu perhiasan, kelebihan dan tanda kepada ahlinya,
Dan jadikan ilmu itu memberi faedah dengan bertambah ilmu setiap hari dan berenanglah di dalam lautan faedah,
Dalamilah ilmu Feqah, maka Ilmu Feqah adalah sebaik-baik pemandu kepada kebaikan dan ketaqwaan dan sebaik-baik tujuan.
Adalah ilmu ini yang membawa kepada sunnah Nabi SAW, dan adalah ilmu yang menjadi benteng yang menyelamatkan daripada semua kesusahan.
Maka sesungguhnya seorang faqih yang wara' lebih ditakuti syaitan daripada seribu ahli ibadat.
Demikian juga ilmu tentang akhlak seperti : ilmu tentang kemurahan, kedekut, ketakutan, keberanian, takabbur, tawadu', kesucian, pembaziran dan selainnya.
Maka hukum takabbur, kedekut, takut, pembaziran adalah haram. Tidak mungkin dapat berjaga-jaga daripada sifat-sifat yang buruk ini melainkan dengan adanya ilmu dan ilmu untuk menghadapinya.
Maka menjadi kewajipan ke atas setiap manusia mengetahuinya.
Telah mengarang Al-Syed Al-Imam Al-Ajal Al-Syahid Nasir Al-Din Abu Al-Qasim suatu kitab berkenaan akhlak. karangannya adalah yang paling baik, maka wajib ke atas semua muslim menghafaznya.
Adapun menghafaz ilmu yang berkaitan dengan Sebahagian Masa(bukan ilmu fardu ain), maka kewajipannya adalah fardu kifayah, jika dilakukan sebahagian orang, maka gugurlah dosa selainnya, dan jika tiada orang yang melakukannya di dalam satu negeri itu, maka semua akan menanggung dosa dengan peninggalan tersebut.
Wajib ke atas pemimpin menyuruh dan memaksa mereka dengan mempelajari ilmu fardu kifayah ini .
Dan telah dikatakan : sesungguhnya ilmu yang berkaitan dengan diri sendiri(fardu ain) adalah diumpamakan dengan makanan yang wajib bagi setiap orang. Dan ilmu yang berkaitan dengan fardu kifayah diertikan seperti ubat yang diperlukan hanya ketika sakit sahaja.
Ilmu tilik adalah diumpamakan seperti kesakitan, mempelajarinya adalah haram kerana boleh memberi mudharat dan tidak bermanfaat.
Dan perasaan takut seseorang kepada qada' dan qadar ALLAH SWT adalah tidak dibenarkan sama sekali. Maka sepatutnya bagi setiap orang muslim itu menyibukkan diri setiap waktu dengan mengingati ALLAH SWT, berdoa, tunduk, membaca Al-Quran dan bersedekah, mampu menolak bala.
"Semoga ALLAH SWT mengurniakan keampunan dan keselamatan kepadanya di dunia dan akhirat" supaya ALLAH SWT membentenginya daripada bala dan penyakit.
Maka sesiapa yang direzekikan doa,maka ianya berpeluang doa mendapat doa yang makbul. jika ada suatu bala yang tidak dapat diubah ketentuan yang akan mengenai dirinya maka dengan berkat doa tersebut, ALLAH SWT akan mengurangkan beban ke atasnya dan mengurniakan kesabaran kepadanya. .
Melainkan jika dia belajar ilmu tilik tersebut sekadar ingin mengetahui arah Qiblat dan waktu-waktu solat, maka dibolehkan mempelajarinya.
Adapun mempelajari ilmu perubatan,maka hkumnya dibolehkan kerana ianya adalah satu jalan yang ALLAH SWT taklifkan kepada hambanya, lebih-lebih lagi Nabi SAW pun berusaha untuk berubat. Telah dihikayatkan daripada Imam Al-Syafie Rahmatu ALLAH alaihi bahawa beliau telah berkata :
ilmu itu dua bahagian :
1. ilmu feqah bagi agama,
2. dan ilmu perubatan bagi jasmani
Dan apa yang selainnya adalah lebihan-lebihan ilmu lain.
Adapun penafsiran ilmu : adalah suatu yang mampu disebut dan diibaratkan menjelma jelas dengan satu sifat kepada sesiapa yang mencarinya. .
Dan adapun Feqah : ilmu mengenal kedalaman sesuatu ilmu beserta jenis-jenis penawarnya.
Berkata Imam Abu Hanifah Rahmat ALLAH alaihi : Feqah adalah ilmu mengenal diri daripada apa yang baik dan apa yang buruk untuk diri.
Dan berkata : tidak adalah ilmu melainkan beramal dengan ilmu tersebut. Dan beramal dengan ilmu tersebut adalah dengan meninggalkan dunia untuk akhirat.
Maka sepatutnya bagi manusia itu adalah tidak lalai dirinya daripada apa-apa yang bermanfaat dan apa-apa yang memberi mudharat di dunia dan akhirat. Maka ambillah apa yang bermanfaat dan menjauhkan apa yang memudharatkan dirinya supaya tidak menjadikan akalnya dan ilmunya sebagai hujah yang memburukkannya, maka bertambahlah balasan azab….nauzubiLLAH min zalik
al-faqir terjemah daripada kitab
تعليم المتعلم طريق التعلم
Sunday, July 27, 2008
Assalamualaikum wbt
Sikit celoteh untuk kali ni.
Baru beberapa hari ni. Ust Husni Ginting telah menunjukkan hasil pembeliannya daripada beberapa buah buku yang sangat murah dan berfaedah.
Bermula daripada itu, al-faqir pun pergi jugaklah ke
Al-faqir sempat ambik jugak dalam 4 buah buka dan cuma menghabiskan hanya LE 8.50 sahaja, murahkan? antaranya kitab Rasail A-Farabi(risalah2 Imam Al-Farabi), Tarikh Falsafah Islamiyah(sejarah falsafah Islam), Masihiyyun dan Muslimun Ikhwatun Amama ALLAH(orang kristian dan Islam bersaudara di hadapan ALLAH, Al-Qahirah(
Sape2 yang nak buku murah, kenelah segere pergi ke kedai buku berdekatan tempat anda untuk mencarinya selagi masih berkesempatan…harga pun murah sangat sebab buku2 ni adalah keluaran kerajaan mesir bg bersempena Kempen Membaca yang dianjurkan oleh kerajaan Mesir
Jadi kat sini al-faqir nak taqdim sebuah buku yang sangat berharga keluaran "Rantaian Ilmu Warisan" yang bernama Rasail Al-Farabi…kalau dalam bahasa kita bernama risalah-risalah Imam Al-Farabi. Buku ini sangat bermakna sebab susah nak dapat kat Negara kita
Kat sini al-faqir terjemah sedikit biodata pengarang dari buku tersebut :
Beliau adalah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad. Bandarnya bernama Farab, satu Bandar di Negara
Abu Nasr al-Farabi (878-950 Masehi) : Salah seorang ahli falsafah Islam dan imam contoh yang terkenal dan pakar dalam ilmu mantiq, matematik dan musik. Beliau juga sangat mashur dengan kecerdikannya dan hidup dunianya sangat qana'ah. Beliau telah mencoba membuat penyesuaian di antara syariat Islam dan falsafah Yunani, beliau juga telah mengarang lebih dari seratus buah buku.
Beliau banyak memberi sumbangan kepada Islam dari segi penyebaran ilmunya yang sangat meluas. Banyak hasil2 kajiannya digunakan segenap ilmuan di seluruh dunia dari dahulu sampai skrg…
Thursday, July 24, 2008
apa pasal org kate Mesir ni berkat...?
Assalamualaikum…
Sebelum ni susah nak online.jadi x boleh update manelah blog ni. Jadi, sekarang ni dah ade computer kat bilik. Pajak yang orang lain punya. Tapi sementara je…buat pengisi mase lapang for this summer
Kat sini nk bagi tau satu perkara yang mungkin mustahak jugak lh buat pelajar2 mesia kat mesir ni.
Ketika mula2 datang ke mesir dulu, dan first time masuk kuliyah, ade teman2 arab yang same2 belajar kat jamiah sane bagi tau bahawa ade hadis yang memberitahu tentang kelebihan askar2 di Mesir.
Pada asalnya, al-faqir memang ta'jub jugak dengan kekuatan dan kehebatan askar2 kt Mesir ni. Dengan latihan yang sangat ketat, peraturan ketenteraan yang kemas…dan lazimnya memang nampak dari wajah2 mereka kegarangan dan kebekengan yang nyata. Jd, ketika mane sembang2 dengan arab tu, dia mengemukakan sebuah hadis yang menyebutkan kelebihan askar2 di mesir…dalam pada itu jugak, al-faqir terus hafaz hadis tu. Tp yang musykilahnya, betul ke hadis ni sohih atau hasan, dan adakah boleh dijadikan dalil? Hadis ni ade sanad ke?
Selepas 3 tahun al-faqir duduk kat mesir ni, barulah ALLAH temukan kepada al-faqir usul hadis ni. Al-faqir fikir dalam otak yang sememangnya kat otaklah tempat org normal berfikir, mungkin juga kawan2 yang lain ingin tahu asal-usul hadis ni.
Al-faqir telah membeli sebuah buku kat Ma'rad Duali Kaherah 2008 baru2 ni yang bertajuk Al-Muhaddisun fi Misr wal Azhar (Ahli-ahli hadis di Mesir dan Al-Azhar). Karangan Al-fadhil Al-ustaz Al-doktor Ahmad Umar Hasyim, bekas reaktor Al-Azhar Al-Syarif.
Kitab ini ade menceritakan kelebihan2 Mesir dalam Al-Quran dan Al-Sunnah selepas daripada menyebutkan muqaddimah bagi kitab ini.
Kata Pengarang :
Telah ALLAH SWT menyebut tentang negeri Mesir pada banyak tempat di dalamAl-Quran Al-Karim. Dan daripadanya ape yang jelas lafaz Mesirnya dan ada yang dijelaskan dengan tanda2.
Firman Allah Ta'ala
" ادْخُلُوا مِصْرَ إِنْشَاءَ اللهُ آمِنِين "
(masuklah kamu Mesir, dengan izin Allah selamat)
" اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ "
(jadikan aku di dalam khazanah bumi(Mesir), sesunngguhnya Aku(ALLAH) Maha Penjaga lagi Maha Alim)
Dan daripada kelebihan di mesir,
-Bukitnya yang suci (jabal Musa),
-Sungai Nilnya yang berkat,
-Di Mesir juga, telah berlaku percakapan antara Allah Ta'ala dengan Nabi Musa di lembah yang suci,
-Di sini juga Nabi Musa membelah laut bagi meng
elakkan daripada tangkapan firaun
-Di sini dilahirkan Nabi Musa,Nabi Harun, Nabi Ibrahim Al-Khalil, Nabi Ismail, Nabi Ya'kub, Nabi Yusof dan Saidina Loqman
-Terdapat di sini Al-Azhar Al-Sharif yang terkenal dengan pengajian ilmunya
Telah Nabi SAW mewasiatkan bahawa ahli Mesir dianugerahkan Allah SWT kemuliaan,keramat dan kelebihan yang banyak sepertimana telah datang hadis yang menceritakan bahawa ahli Mesir bahawa mereka itu adalah Ahli Zimmah dan Rahmah.
Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sohehnya, dia berkata: menceritakan kepadaku Abu Al-Tohir, :menberitahu kpd kami Ibn Wahb: telah memberikan kepadaku Harmalah - perubahan sanad-
Imam muslim berkata :telah menceritakan kpd aku Harun bin Said Al-Aily,: telah menceritakan kepadaku Ibn Wahb, :telah menceritakan kepadaku Harmalah (Ibn 'Imran Al-Tajiby) daripada Abd Al-Rahman bin Syamaasah Al-Mahry : aku telah mendengar Abu Zar berkata:
(bersabda RasuluLLAH SAW : sesungguhnya kamu akan membuka satu bumi yang disebut padanya al-qirat, maka wasiatilah ahlinya dengan kebaikan maka sesungguhnya bagi mereka kehormatan dan rahmat
Telah meriwayatkan Imam Muslim juga dengan riwayat lain dengan lafaz
" إنكم ستفتحون مصر"
(sesungguhnya kamu akan membuka negara Mesir)
القيراط : sebahagian daripada bahagian2 dinar dan dirham dll
Dan adalah ahli Mesir banyak menggunakan dan bercakap mengenainya(Qiirat)
الذمة : kehormatan dan kebenaran
الرحم : adalah Siti Hajar daripada ahli Mesir
Pada riwayat lain :
" فإذا فتحتموها فأحسنوا إلى أهلها فإن لهم ذمة ورحما أو قال : ذمة وصهرا "
(maka jika kamu membukanya (Mesir), maka berbuat baiklah kepada ahlinya, sesungguhnya bagi mereka kehormatan dan zimmah(Hajar). : atau pun berkata kehormatan dan sahra' (Mariah))
صهرا : adalah Siti Mariah daripada ahli Mesir
Dan mengeluarkan Ibn Abd Al-Hakam daripada Umar bin Al-Khattab radiALLAH anhu telah mendengar Rasul ALLAH SAW berkata :
" إذا فتح الله عليكم مصر فاتخذوا فيها جندا كثيفا فذلك الجند خير أجناد الأرض, فقال أبو بكر : ولما يا رسول الله ؟ قال : لأنهم ؤأزواجهم في رباط إلى يوم القيامة "
(jika ALLAH telah membuka kepada kamu Mesir, maka ambillah daripadanya tentera yang banyak, kerana tenteranya adalah tentera yang paling baik di muka bumi, maka berkata Saidina Abu Bakar : kerana apa ya RasullULLAH? : berkata RasuluLLAH : kerana mereka dan isteri2 mereka didalam ikatan sampai Hari Kiamat)
artikel ini Al-Faqir terjemah sepenuhnya daripada kitab المحدثون فى مصر والأزهر